okay.... i havent watch Cicak Man..but tgk trailer..like okay-okay..even if ratings said otherwise. And then there is this Jangan Pandang Belakang..yang digembar gemburkan, but wen i watched it at home i can see the animation of the hantu not really convincing.( Oh well, maybe its cos i watched it at my aunt's and dat cd is not ori..so tak la seram like it was widely spread..)
HA....!!Promoting cerita yang worth watching...
AKAN DATANG... its like GhostBuster, but much much better... Great animation, great skills in the making..kudos to ImageBox Sdn Bhd and the crew.. they did a great job, i think better than Cicak Man..or even SpiderMan 1..hehe
check it out!! Click da link below!
Antoofighter Unofficial Teaser TrailerOleh Rozdan Mazalan
Penghasilan filem animasi bukan mudah kerana dalam satu saat 24 frame gambar diberi kesan visualPENGORBANAN dan kesungguhan untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti sering kali terlepas pandang sesetengah pihak yang leka dengan keasyikan dan keseronokan apa saja yang disajikan di depan mata.
Sekiranya yang disajikan itu agak kurang memuaskan, tahu pula kepada siapa yang harus mereka menuding jari untuk mengumpat keji yang dihasilkan itu tidak seperti yang mereka harapkan.
Namun bukanlah kerja renyah bagi tenaga kerja yang terpaksa bersengkang mata 14 jam sehari untuk memberi gambaran realistik kepada penonton hasil kerja dalam bentuk animasi untuk diterjemahkan dalam bentuk filem.
Tentu kita tidak perasan, sekali imbas hasil kerja animasi yang dihasilkan selama ini menerusi kaca televisyen nampak seakan mudah.
Hakikatnya Imagebox Sdn Bhd yang bakal menerbitkan filem pertamanya dengan kerjasama Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB) dipertanggungjawab untuk merealisasikan lebih 70 peratus animasi ke dalam filem terbaru berjudul Antoo Fighter.
Filem yang memuatkan 600 teknik imej janaan komputer tiga dimensi (3D CGI) dan kesan visual khas sekali gus menjadi filem terbanyak yang menggunakan teknik itu di negara ini selepas filem arahan Yusry Abdul Halim berjudul Cicak-Man.
Pengarah Kesan Visual Imagebox Sdn Bhd, Asrulhisyam Ahmad (Black)
berkata, pembikinan kesan visual untuk filem itu adalah satu kerja yang mencabar bagi lapan tenaga kerja yang hanya diberikan tujuh bulan saja untuk menyiapkannya.
“Kerja menambahkan kesan visual atau animasi untuk filem ini bermula sebelum filem itu melakukan penggambaran. Ia akan melalui empat peringkat sebelum dapat digambarkan ke dalam bentuk filem.
“Bermula peringkat pertama, kerja perbincangan bersama pengarah filem untuk kerja merancang dan mengukur model yang bakal dilengkapkan untuk kesan visual atau sudut gerakan kamera supaya kerja memasukkan kesan visual tidak mendatangkan masalah.
“Di sini saya harus berada di sepanjang lokasi penggambaran selama mana ia berjalan, untuk filem ini yang mengambil masa selama 45 hari bersama krew dan pelakon yang terbabit.
“Peringkat kedua berjalan selepas proses penggambaran berakhir di mana kerja suntingan dan menyusun gambar mengikut jalan cerita yang dimahukan pengarah. Proses diteruskan dengan menukar resolusi tinggi untuk gambar mengikut format yang dimahukan untuk sebuah filem iaitu HDVT 1080 dengan skala 1920x1080.
“Peringkat ketiga adalah yang paling mencabar bagi tenaga kerja animasi yang memerlukan tumpuan sepenuhnya untuk mendapatkan hasil kerja animasi yang berkualiti. Di sini kerja seperti proses pewarnaan digital dan mattle, mengubah visual, model 3D, animasi 3D dan pergerakan imej dalam filem menjadi kerja yang paling rumit.
“Lebih merumitkan untuk proses mengubah visual dan balasan 3D ini sehingga mengambil masa selama empat hari bagi satu ‘shoot’ yang akan ditayangkan selama empat saat saja di layar perak. Dalam satu saat itu terkandung 24 frame gambar yang harus diberi kesan visualnya.
“Bayangkan sekiranya 110 babak yang dijangkakan lebih satu jam 30 minit durasi untuk filem ini harus diselitkan kesan visualnya, berapa lama masa yang diperlukan untuk menyiapkan filem animasi ini? Tidak hairanlah sekiranya di Barat mereka terpaksa mengambil masa beberapa tahun untuk menyiapkan sebuah filem animasi seperti Lord Of The Rings, 300, Star Wars, Spiderman dan sebagainya.
“Bagi peringkat terakhir pula, segala kerja yang sudah dimasukkan kesan visualnya akan dipindahkan semula ke bahagian suntingan seperti pada peringkat pertama itu, di sini proses memasukkan CGI dan visual yang sudah dikemaskini ke dalam data sebelum dihantar untuk dijadikan filem yang sempurna,” katanya yang berpengalaman lebih 12 tahun dalam bidang animasi.
Imagebox Sdn Bhd yang mempunyai lapan tenaga kerja animasi Bumiputera semuanya turut memasang objektif untuk melahirkan tenaga mahir di kalangan Bumiputera agar dapat menandingi tenaga kerja dari negara Barat.
“Apa yang saya nampak, negara kita ini mempunyai ramai generasi baru yang berminat untuk menguasai bidang animasi ini dan kualiti yang ditunjukkan setanding Barat. Cuma mereka ini tidak diberi peluang untuk terus berkarya dengan lebih sempurna,” katanya yang sudah lebih enam tahun bersama syarikat itu sejak mula beroperasi.
SERAM: Awie memegang
watak sebagai Drakulat
selepas proses peringkat
ketiga iaitu mengubah
visual dan balasan 3D.